Home Artikel PAS Perlis

Ahli PAS Kena Yakin Kehebatan dan Kekuasaan Allah SWT

229 views
SHARE

KANGAR : Para pendukung dan penyokong PAS diingatkan agar sentiasa meletakkan keyakinan akan kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T. sepanjang masa.

Demikian ingatan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Sidek Noor ketika menyampaikan kuliah bulanannya di Markas Tarbiyah PAS Batu 2 Lama, Kangar, pada 17 Ogos yang lalu.

Menurut beliau, golongan yang berjuang pada jalan Allah tidak perlu merasa bimbang, sebaliknya meletakkan ke dalam diri mereka keyakinan bahawa kemenangan pasti akan menjadi milik mereka kerana perjuangan mereka itu dijamin oleh Allah S.W.T.

Justeru tambah beliau, golongan ini tidak perlu berasa bimbang dan berdukacita sekiranya belum dianugerahkan kemenangan oleh Allah, sebaliknya terus melipatgandakan usaha beserta keyakinan kerana Allah sentiasa bersama-sama mereka.

“Jangan dukacita, jangan rasa lemah, kamu sebenarnya yang hebat kalau kamu orang-orang yang beriman.”

“Kena tanam dalam pemikiran, PAS insyaAllah akan menang, tanam dalam diri ahli dan petugas.”

Menyentuh berkaitan strategi menghadapi PRU ke 14 nanti, ahli PAS tegas beliau, perlu memberikan kepatuhan (wala’) dan sepenuh kepercayaan (tsiqah) kepada kepimpinan PAS dalam merancang dan melaksanakan strategi-strategi menuju pilihan raya.

Ini kerana pendekatan dan strategi PAS sentiasa berubah-ubah sejak dahulu hingga kini, bersesuaian dengan realiti semasa dan perubahan-perubahan ini ujarnya, kadangkala tidak mampu difahami oleh segelintir ahli.

“Berjuang ini macam main bola, ada strategi, ada masa kita tolak bola ke depan, ada masa tolak ke belakang.”

“Biarlah orang nak kata walaun dan sebagainya, kita yakin dengan pendekatan kita pada hari ini (BPMS), PAS nak bentuk suasana politik dengan Islam.”

{jathumbnail off}