Home Artikel PAS Perak

Ahli Parlimen Bukit Gantang Teruskan Tradisi Edar Bubur Lambuk

467
SHARE

Ahli Parlimen Bukit Gantang Teruskan Tradisi Edar Bubur Lambuk


BUKIT GANTANG : Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad meneruskan tradisinya pada setiap Ramadan dengan mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa pada petang semalam.

Pengunjung dan peniaga bazaar ramadan tidak mahu melepaskan peluang memperoleh bubur lambuk yang diedarkan sendiri oleh Ustaz Idris Ahmad.

Proses memasak dan menyediakan bubur lambuk tersebut telah dilakukan oleh PAS cawangan Kampung Jelapang dan PAS cawangan Larut Tin.

Kira-kira 300 bungkus bubur lambuk diagihkan di Bazar Ramadan Batu 2 setengah dan 400 bungkus lagi di Bazar Ramadan Taman Kota Jaya ,Simpang dalam tempoh sejam setengah.
Proses agihan bubur lambuk bermula pada pukul 5.45 petang.

Hadir bersama dalam pengagihan bubur lambuk tersebut ialah YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Faisal Abdul Rahman, AJK PAS Kawasan serta kepimpinan Dewan Pemuda , Dewan Muslimat dan Jabatan Amal Bukit Gantang .

Ini program tahunan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dan diharap bukan sahaja dapat membantu mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat tetapi dapat meningkatkan¬ ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Ia adalah amalan yang sangat baik dan mengingatkan kita kepada bulan Ramadan dan merapatkan silaturrahim sesama masyarakat .

Pengagihan bubur lambuk itu tidak hanya terhad kepada umat Islam sahaja, sebaliknya ia diedarkan kepada semua pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat usia.