Home Berita PAS Selangor

Ahli PAN serah borang kembali sertai PAS – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

498
SHARE

Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Shah Alam | Pintu perjuangan PAS sentiasa terbuka buat mereka yang ikhlas mahu bersama perjuangan Islam ini. Kerana perjuangan PAS wadahnya adalah berusaha menyelamatkan ummah seramai mungkin. Agenda kembali kepada Islam adalah tawaran PAS buat semua.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir ketika dihubungi memaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha hari ini menerima permohonan menjadi ahli biasa PAS dari Tuan Hj Mohd Dom bin Ajam yang memohon melalui Cawangan Kelana Jaya di bawah PAS Kawasan Petaling Jaya.

Menurut Setiausaha PAS Selangor itu, “Hj Mohd Dom dahulunya pernah menjawat jawatan Bendahari PAS Kawasan Kelana Jaya sebelum meninggalkan PAS dan menyertai PAN. Atas kerelaan hatinya dan keyakinan pada kemampuan dan dasar perjuagan PAS beliau memohon untuk kembali menyertai PAS”.

“PAS Selangor akan memproses dan menyokong permohonan ini dan memajukannya ke pihak atasan parti untuk pertimbangan dan kelulusan mengikut Perlembagaan PAS” ujar beliau lagi.

Serentak dengan ini PAS Selangor menyeru mereka yang telah meninggalkan PAS sebelum ini namun masih menyimpan cita-cita untuk berjuang mendaulatkan Islam agar kembali kepangkuan parti untuk sama-sama kita menjayakan cita-cita murni ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor