Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi
WANGSA MAJU : Ahli Dewan Negara merangkap Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh melawat sesi pembukaan persekolahan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) pagi semalam di Melati Utama di sini.
Dalam lawatan berkenaan, beliau menzahirkan keprihatinan dengan bertanya khabar para pelajar, guru serta mendoakan agar pelajar PASTI berjaya dalam pelajaran.
YB Senator turut diberikan taklimat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Muhd Nur Azmi mengenai sesi persekolahan bersemuka PASTI yang menekankan pematuhan ketat SOP dengan tidak membenarkan ibu bapa atau penjaga memasuki premis dan anak-anak pelajar yang tidak sihat tidak dibenarkan mengikuti sesi persekolahan.
“Selain itu, kita juga ada membuat penaziran terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) setiap PASTI seperti penjarakan antara meja murid, panunjuk arah dan tahap kesihatan setiap murid yang hadir ke PASTI,” ujar Nur Azmi.