Home Berita PAS Terengganu

Ahli Akademik setuju Terengganu naikkan papan tanda amaran LGBT

15
SHARE

KUALA TERENGGANU – Usaha kerajaan negeri menaikkan papan tanda amaran homoseksual disokong oleh Rektor Kolej Universiti TATI (UC TATI), Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid bagi menimbulkan kesedaran serta rasa benci terhadap perbuatan terkutuk dan ditegah keras dalam ajaran Islam.

Katanya, papan iklan seumpama itu yang memaparkan maklumat penerangan dan kesedaran awam terhadap perbuatan itu sangat baik.

“Bahkan elok sekiranya diperluaskan ke seluruh pelusuk negeri dinaikkan di hadapan universiti awam sebagaimana dipasang  di hadapan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Juga kita mengalu-alukan agar ia turut dinaikkan  di hadapan UC TATI sebagai usaha pencegahan,” ujarnya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Jelas beliau, usaha yang dilakukan kerajaan Terengganu ini bagi memperkasakan syariah merupakan satu usaha yang sangat baik bagi memastikan negeri ini terus maju, berkat dan sejahtera.

“Khususnya untuk kebaikan sosial dan sudah tentu akan mengundang keredaan daripada Allah SWT.

“Menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam pengukuhan peranan Islam selari dengan sistem perundangan negara,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kerajaan menaikkan papan tanda yang dipasang di laluan utama berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melarang perlakukan homoseksual adalah sebahagian daripada pendekatan dakwah berteraskan prinsip ‘amar makruh nahi mungkar’.