Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Pandan
Oleh : Umar Al-Hayawi
PANDAN, 9 September – PAS Kawasan Pandan harini telah turun menyantuni sebahagian ahli-ahli Cawangan PAS Kawasan Pandan yang merupakan waris ahli keluarga yang telah terkorban akibat COVID-19
Sumbangan daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor itu, telah disampaikan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Pandan, Sdra A Jalil Hassan bersama Ketua PAS Cawangan Taman Nirwana, Dato’ Azmi.
Semoga santunan dan sumbangan tersebut dapat mengubat sedikit kelukaan dihati ahli keluarga dan juga semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan serta ketabahan dalam terus menjalani kehidupan dalam era pandemik COVID-19 ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor