Home Surat Pembaca

Ahlan Ya Ramadhan

706
SHARE

 


KHAWATEER (BINGK
ISAN RAMADAN 1438 H)

SIRI 01 RAMADAN KAREEM-AHLAN YA RAMADAN


Alhamdulillah sekali lagi Ramadan yang dinanti-nanti oleh hamba-Nya yang beriman datang. Ia disambut dengan penuh kegembiraan kerana di dalamnya ada ibadat-ibadat yang tidak ada pada bulan lain. Ianya bulan seluruh umat Islam di dunia berpuasa dari timur ke barat. Ianya bulan rahmat, pengampunan, pembebasan dari api neraka.

Kegembiraan menyambut Ramadan sehingga ada anak-anak yang seronok mengalunkan nasyid Ramadan-Ramadan, ahlan ya Ramadan.

Sangat banyak keistimewaan Ramadan. .Antaranya Ramadan satu-satunya nama bulan yang disebut di dalam al-Qur’an. [Lihat surah al-Baqarah ayat 185 ]

Istimewanya Ramadan sehingga ribuan tulisan di tulis mengenainya dari dulu sehingga sekarang. Puluhan mungkin ratusan nasyid dalam pelbagai bahasa diungkap berhubung Ramadan…Hari ini facebook dipenuhi dengan ucapan tahniah kegembiraan menyambut Ramadan.

Harapannya kegembiraan itu bukan setakat ucapan di facebook semata-mata tetapi ia diterjemahkan dengan peningkatan ibadah kepada Allah s.w.t. Solat lima waktu berjemaahnya di jaga, bacaan al-Qur’an ditingkatkan, ada bahagian sedekah untuk hari ini dan seterusnya..jangan lupa bahagian untuk berbakti kepada ibu bapa yang masih hidup…ziarahilah mereka..tatapilah wajah mereka…santuni mereka.

Kepada pejuang-pejuang Islam inilah bulan berjihad. Semangat tentera Badar mestilah meresap ke dalam jiwa kalian untuk terus berdakwah memberi kefahaman Islam yang sebenarnya, memperingatkan mereka, membetulkan yang silap, memberi motivasi kepada ummah untuk menggunakan setiap detik yang berharga dibulan yang mulia ini.Jadikan Ramadan medan untuk melakukan kebaktian kepada ummah. Yang faqir dan miskin disantuni, anak yatim dibelai, yang jahil dibimbing, ibu tunggal digembirakan..Bukan untuk meraih simpati undi tetapi mencari reda-Nya.

Mari kita hayati sebahagian dari lirik Nasyid Maher Zin:

Ramadan-ramadan kau dihatiku
Ramadan-ramadan Ku harapkan terus bersama-mu
Pada-Mu kecintaanku (pada Allah bertambah)
Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Mengakhiri bingkisan ini Rasul s.a.w bersabda:

“Apabila datangnya malam pertama dari bulan Ramadan, syaitan dan jin yang kuat dirantai, pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka pintu syurga, tiada satu pintunya yang ditutup dan penyeru berseru: Wahai orang yang mencari kebaikan datanglah! Wahai orang yang mencari keburukan, jauhkanlah dan bagi Allah hamba-hamba yang dibebaskan dari api neraka. Ia pada setiap malam.”

(HR al-Thirmizi, no.689, Bab Kelebihan bulan Ramadan. Hadith dihukumkan Sohih lighayrih oleh Syaikh Syu’aib al-Arnaut, Katanya hadith ini sanadnya hasan, j.2, h.218, menurutnya hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah, no. 1642, Ibnu Hibban, no.3435, diriwayatkan dengan lafaz sepertinya oleh al-Nasai’, j.4, h.129, juga dalam musnad Ahmad no. 7184, Ia juga diriwayatkan dengan lafaz yang lebih ringkas dalam riwayat al-Bukhari no.1899, Muslim no. 1079, al-Nasai’, j.4, h. 126-129)

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

Lajnah Penerbitan, Dewan Ulama PAS Pahang
1Ramadan 1438H
27 Mei 2017

{jathumbnail off}