Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ahlan Ya Ramadan

65 views
SHARE

Ahlan Ya Ramadan

Allah ta’ala berfirman,

يأَيُّهَا الَّذِينَءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqoroh: 183]

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa solat di malam lailatul qodr kerana iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu]

Alhamdulillah, hari ini bermulalah bulan Ramadan yang mulia bagi seluruh umat Islam. Sesungguhnya, Ramadan membawa seribu erti bagi hamba yang beriman dan bertaqwa.

Ramadan, padanya keberkatan dan keampunan. Allah SWT memerintahkan hambaNya berpuasa selama sebulan.

Umat Islam diajar bersabar seterusnya diganjarkan pahala berganda.

Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua muslimin dan muslimat. Perbanyakkan ibadah dan mohon keampunan dengan penuh kesungguhan. Rebutlah peluang bagi menjadi manusia yang bertaqwa kepadaNya.

Semoga segala amal ibadah kita semua diterima oleh Allah SWT.

Ramadhan Kareem!

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Mei 2018
30 Syaaban 1439 H