Home Berita PAS Terengganu

Agih 800 Bekas Bubur Asyura

6
SHARE

Oleh : Fatimah Din

MARANG – Sebanyak lebih 800 bekas bubur asyura telah diagihkah oleh Muslimat PAS DUN Rhu Rendang ke cawangan – cawangan dalam DUN itu.

Ketua Lajnah Kebajikan Muslimat DUN Shamsiah Mukhtar berkata, program yang merupakan program setiap tahun dan diaksanakan secara gotong royong.

“Kali ini, kita bergotong royong bersama Jawatankuasa Kebajikan Muslimat Cawangan , AJK masjid Kampung Kijing, ‘staff’ Pusat Khidmat DUN, dan beberapa orang Ameerah.

“Penglibatan petugas pula kira-kira seramai 35 orang yang bertungkus lumus dari pukul 8.30 pagi lagi sehinggalah selesai program ini”, jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di Masjid Kampung Kijing sempena Program Kacau Bubur Asyura pagi semalam.

Menurutnya, jika sebelum ini, mereka mengacau enam periuk, tetapi pada kali ini hanya empat periuk, walau bagaimanapun jumlah tersebut sudah mencukupi untuk sasaran agihan.

“Bubur Asyura ini akan diagihkan kepada cawangan-cawangan terdekat, dan terpilih selain, penduduk tempatan di sekitar bersempena bulan Muharam ini,” ujarnya lagi.