Home Berita PAS Wilayah

Agenda Wilayah Prihatin demu kesejahteraan rakyat

395
SHARE

Oleh: Hana’ Salleh
27 Mac 2021

BATU : Program agihan beras kepada 50 buah keluarga dari kumpulan M40 dan B40 di Parlimen Batu telah diadakan lagi di Restoran Ayahanda, PPR Beringin, semalam.

Hadir bagi menyempurnakan pemberian sumbangan beras tersebut adalah Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya.

Dalam majlis berkenaan, beliau telah memberi jaminan kepada para hadirin bahawa kerajaan hari ini sentiasa komited dalam menjaga kebajikan rakyat.

Selain itu, pihak kerajaan juga akan berusaha lebih keras dalam memperkasakan undang-undang bagi membendung pengambilan arak dan kegiatan perjudian dalam masyarakat.

Menurut beliau lagi, perancangan untuk membina rumah Wilayah Prihatin akan dibuat bagi kemudahan rakyat dari kumpulan B40 dan M40 terutamanya mereka yang dikategorikan sebagai miskin bandar.

Hadir sama dalam program ini adalah Ketua Cawangan PAS Taman Beringin Ustaz Ahmad Effendi, Ketua Cawangan UMNO PPR Beringin, Husain Wahab, wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 6, Sulaiman Aziz dan Sariyyah Wahid serta ahli-ahli Cawangan PAS Taman Beringin.