Home Berita PAS Perak

ADUN Trong bersama PBT banteras haiwan ternakan liar

28
SHARE


Oleh : Ez
17 Januari 2024

TRONG: Haiwan ternakan berkeliaran menjadi satu isu keselamatan nyawa dan harta benda orang awam melibatkan Jalan Beruas-Kuala Trong dalam kawasan Trong.

ADUN Trong, YB Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata, selain dari mengancam keselamatan, ia juga boleh menyebabkan berlakunya pencemaran dan kerosakan tanaman.

“Sudah kerap kali kemalangan dilaporkan di kawasan tersebut akibat kurangnya kawalan berhubung haiwan-haiwan ternakan yang berkeliaran ini.

“Perlu adanya sifat perikemanusiaan dan tanggungjawab khususnya untuk keselamatan para pengguna jalanraya serta keamanan penduduk,” jelas beiau yang juga merupakan Yang di-Pertua PAS Bukit Gantang.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam operasi pemantauan dan penangkapan haiwan ternakan yang memasuki kawasan laluan awam di sekitar kawasan Trong baru-baru ini.

Operasi ini dijalankan bagi memastikan haiwan ternakan liar tidak berkeliaran di kawasan awam yang boleh mengganggu dan membahayakan pengguna jalan raya.

Bedasarkan undang-undang yang sedia ada tangkapan ini dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (Majlis Perbandaran Taiping) 2012 kerana membiarkan haiwan ternakan berkeliaran tanpa kawalan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak lebih RM2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Operasi ini diadakan secara berkala dari semasa ke semasa dengan mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Taiping dan Pejabat Veterinar Daerah Taiping.