Home Berita PAS Pahang

Adun Tahan janji tangani masalah air

597
SHARE
Zakhwan (tengah) mendengar keluhan penduduk yang telah tiga tahun menderita keputusan air bersih

JERANTUT: Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin berjanji untuk mengetegahkan masalah bekalan air paip penduduk Kampung Besul di sini, yang sering terputus kepada pihak Pengurusan Air Pahang (Paip) dengan kadar segera.

Zakhwan yang juga Ketua Penerangan PAS Jerantut, berkata demikian sewaktu bertemu dan mendengar aduan daripada beberapa orang penduduk di kampung berkenaan yang terbabit tengahari semalam (Rabu).

“Penduduk telah menghadapi masalah terputus sejak lebih daripada tiga tahun yang lalu dan segala usaha menanganinya nampaknya belum berkesan.

“Mereka yang terbabit tinggal di kawasan yang agak tinggi. Menurut mereka, kebiasaannya kalau air paip ada pun hanya pada waktu tengah malam tetapi keluarnya sedikit pula,” ujarnya.

Baginya, sudah tentulah tidak munasabah berada di kawasan sumber air yang mewah iaitu di pinggir Sungai Pahang namun mendapatkan bekalan air paip sangat sukar.

“Aduan tersebut akan diangkat kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan segera,” ujarnya.

Zakhwan yang baru memenangi kerusi Dun Tahan dalam PRU lalu mengalahkan penyandang Datuk Seri Wan Amizan, difahamkan sebelum ini telahpun membuat kunjungan hormat kepada ketua-ketua jabatan termasuk Paip.

Sementara itu, pada sebelah pagi Zakhwan telah menziarahi jenazah almarhumah isteri kepada mantan ketua Kampung Pasir Durian, Haji Abdul Rahman.

Selepas itu beliau bersama rombongan telah menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada 24 penerima terpilih di kalangan asnaf di Kampung Gol dalam Dun Tahan. Majlis di mulakan dengan sedikit tazkirah Ramadhan.

Zakhwan menyerahkan sumbangan kepada seorang penerima asnaf

 

Pada sebelah malam pula Zakhwan yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang menyertai berbuka puasa dan Solat Maghrib di Masjid Al-Hidayah Batu Lima, Kuantan sebelum menunaikan Solat Isyak, Sunat Tarawih dan menyampaikan Tazkirah Ramadhan di Masjid Al-Fattah, Batu Tiga, Kuantan.

 

Sebelum pulang beliau dan rombongan dib

 

awa menikmati moreh di Papa Sweet Home Corner@Cendol Kuali, Chenderawasih.