Home Berita PAS Selangor

ADUN Selangor cuba cetus permusuhan dengan institusi Raja – Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri

262
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Di saat negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19, terdapat rata-rata lapisan masyarakat yang terkorban dengannya. Ramai juga yang prihatin untuk membantu menangani wabak ini samada secara “volunteer” di pusat-pusat isolasi, penyediaan bekalan makanan, penghantaran barangan kesihatan dan lain-lain lagi. Terkini termasuklah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang turut menyediakan makanan buat frontliner.

Malangnya tindakan seorang ADUN Selangor yang bertindak memuatnaik di akaun twitternya memerli Raja Permaisuri Agong. Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin dalam satu kenyataannya menyatakan, “tindakan ADUN Selangor itu menggunakan peribahasa prancis “Qu’ ils Mangent De La Brioche” (biarlah mereka makan kek) dalam twitter beliau atas Berita Bernama bertajuk “Cupcake air tangan Permaisuri Agong untuk pertugas barisan hadapan” menjadi tular dan dikecam rakyat yang kasih kepada Permaisuri Agong”.

Menurutnya lagi, “ungkapan bahasa Perancis tersebut membawa maksud memerli seorang puteri raja dahulu yang suka makan kek dan tidak memperdulikan rakyatnya yang miskin. Secara tidak langsung ia memberi menggambarkan Permaisuri Agong tidak peduli rakyat.

“Saya melihat ia adalah tindakan cubaan beliau untuk membawa rakyat bermusuh dengan institusi Raja, sedangkan Permaisuri Agong yang sangat sayang kepada rakyat ini membuat kek tersebut untuk diberi kepada Pertugas Frontliner. Jauh terpesong dari maksud ungkapan tersebut”.

“Saya dan seluruh anggota Amal Negeri Selangor menyambut seruan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Syukri Omar yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan beliau dan menuntut permohonan maaf terbuka beliau kepada Institusi Raja dan Yang Dipertuan Agong demi negara Malaysia yang berdaulat ini” ujar beliau dengan penuh tegas.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor