Home Artikel PAS Selangor

ADUN PAS Taip Sendiri Surat Pengadu

559 views
SHARE

Chempaka, 20 Mac 2018 : YB Dato’ Iskandar Abdul Samad, ADUN Chempaka dan Exco Kerajaan Negeri Selangor menaip sendiri surat aduan pengadu yang datang ke Pusat Khidmat DUN Chempaka.

Beliau menaip surat tersebut apabila pengadu datang dan tidak membawa dokumen yang lengkap.

Tanpa membuang masa, YB Dato’ Iskandar sendiri terus menaip surat tersebut dan pengadu hanya perlu tandatangan sahaja.

Tambahan pula pengadu tidak berkemampuan menulis bahasa Melayu dengan baik.

Pengadu, En Vinathalu mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas dan keperihatinan YB Dato’ Iskandar.

Pejabat DUN Chempaka membuka peluang setiap hari Selasa untuk bertemu sendiri dengan ADUN untuk menyampaikan aduan.

Inilah contoh wakil rakyat yang disenangi masyarakat.