Home Artikel PAS Perak

Adun PAS l Isu Megoplex Disuarakan PAS Mendapat Perhatian

618 views
SHARE

Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

IPOH: Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon telah menyuarakan isu masa depan pusat membeli belah Megoplex atau Medan Gopeng Complex yang terletak dalam Dun Sungai Rapat berkaitan status peniaga-peniaga disitu ketika membahaskan Bajet 2018 Negeri Perak pada 22 November lalu.

Beliau turut merasai bimbang apabila penarikkan Pasaraya Billion yang telah beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Radzi juga telah menyatakan kepada sidang dewan bahawa kenaikan sewa yang tinggi mengakibatkan pasaraya tersebut terpaksa menghentikan operasinya di premis itu.

“Megoplex juga membuka peluang kepada peniaga-peniaga bumiputra untuk menjana pendapatan khususnya bagi masyarakat sekitar Rapat Setia, Kampung Melayu Sunagi Rapat, Rapat Jaya, Rapat Jaya Tambahan, Kampung Sungai Rokam dan Pekan Razaki.

“Kemudahan di situ juga seperti lif yang rosak dan tidak diselenggara dan penghawa dingin tidak berfungsi dengan baik membuatkan pengunjung berasa tidak selesa,” ujar beliau.

 

Berikutan isu yang dibangkitkan, satu pertemuan dan Mesyuarat Khas berkaitan Isu Megoplex bersama EXCO Kerajaan Negeri Perak, Dato Mohammad Zahir Abd Khalid, Timbalan CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Adun Sungai Rapat, Adun Simpang Pulai dan Adun Teja bersama Jawatankuasa Bertindak Isu Megoplex, 27 November, di sini.

Dalam pertemuan itu, satu memorandum telah diserahkan kepada Exco berkenaan dari Jawatankuasa Bertindak Megoplex untuk tindakan susulan serta mengkaji pelaksanaan terbaik.

Jawatankuasa Bertindak Megoplex dipengerusikan oleh Ariffin Jaladri, manakala Naib Pengerusi; Badrul Hisham Zabri dan Setiausaha Roslan Ismail.

Usaha PAS membawa isu rakyat membuktikan komitmen dan kepercayaan rakyat kepada PAS mampu memberikan khidmat terbaik.