Home Berita PAS Kedah

ADUN PAS Kedah sumbang 30% elaun bantu rakyat terjejas PKP 3.0

83
SHARE

ALOR SETAR – 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS negeri Kedah menyumbang 30% elaun mereka untuk bulan Julai 2021 bagi disumbangkan ke Tabung Bencana Covid-19 Badan Perhubungan PAS Kedah.

Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata tabung tersebut bertujuan menyalurkan bantuan makanan dan wang tunai kepada rakyat yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Ini adalah bulan ke-2 sumbangan wakil rakyat PAS dimana pada bulan Jun, sebanyak 20% elaun mereka disalurkan ke tabung ini manakala 50% lagi disalurkan ke tabung Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diuruskan pihak kerajaan negeri.” katanya

Menurutnya, sumbangan ke tabung ini telah diagihkan kepada sasaran oleh petugas Khidmat Malaysia negeri Kedah dengan penyelarasan bersama PAS Kawasan.

 

” Saya merayu agar sumbangan ke tabung ini terus berjalan agar PAS dapat  membantu meringankan bebanan rakyat yang terkesan.”

Mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank – Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK ( 5521 7000 1133).