Oleh: Najah Izzati
KANGAR : Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kangar telah mengadakan majlis hi-tea pada 29 Oktober yang lalu.
Program yang bermula pada jam 3.00 petang itu dimulai dengan acara ziarah mahabbah ke rumah-rumah penduduk yang terpilih di sekitar DUN Kayang.
Antara rumah yang menjadi pilihan adalah rumah golongan armalah, anak yatim dan warga emas.
Tetamu jemputan, YB Dato Siti Aishah Ghazali, ADUN Merbau Pulas turut serta dalam acara ziarah berkenaan.
Beliau turut mengambil kesempatan menyampaikan penerangan mengenai suasana politik semasa negara serta mengupas beberapa isu yang berkaitan dengan bajet 2018 yang telah dibentangkan baru-baru ini.
Hadir sama dalam majlis hi-tea berkenaan, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Kangar, Tuan Haji Baharuddin Ahmad.
Program pada hari ini telah mencatat kehadiran seramai hampir 50 orang. Pihak penganjur mengharapkan agar mereka yang hadir pada hari ini dapat menyebarkan maklumat yang diterima pada hari ini kepada masyarakat.