Home Berita PAS Pahang

Adun Jengka gesa penduduk luang masa 10 minit bendung wabak denggi

795
SHARE
Ustaz Shahril (kanan), menziarah seorang pesakit

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim mengajak masyarakat sekitar akar meluangkan masa sekitar 10 minit bagi memantau kawasan masing-masing dan menjalankan aktiviti pembersihan secara gotong-royong yang lebih kerap.

 

Ini bagi membendung nyamuk Aedes yang akhir-akhir ini begitu aktif membawa wabak demam denggi

 

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang melaporkan tahun 2019, jumlah kes denggi yang direkodkan adalah sebanyak 2,871 berbanding 2018 hanya 990 kes.

 

“Manakala kes demam denggi yang direkodkan pada minggu ke lima tahun 2020 bagi daerah Maran adalah tiga kes iaitu masing-masing di Felda Jengka 1, Felda Jengka 11 dan Kampung Awah,” jelasnya.

 

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti.

 

Terdapat empat yang jika salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

 

Antara tanda-tanda seseorang menghidap demam denggi ialah demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, loya dan muntah-muntah, sakit biji mata serta ditumbuhi ruam.

 

Sementara tempat-tempat yang sepatutnya dibersihkan ialah bebas daripada air bertakung.

 

Ustaz Shahril berkata, oleh itu, kerjasama semua pihak adalah diperlukan bagi memantau kawasan masing-masing dan menjalankan aktiviti pembersihan secara gotong-royong yang lebih kerap.

 

“Semoga usaha berterusan ini dapat menjauhkan kita semua daripada sebarang musibah dan penyakit yang tidak diingini insyaAllah,” ujarnya.