Home Artikel PAS Perlis

ADUN Guar Sanji Rasmi Jamuan Sepak Raga Bulat

647
SHARE

Oleh: Nur Iffah

ARAU: Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau dengan kerjasama PAS Cawangan Behor Mentalon dan JKK Behor Mentalon telah mengadakan program Jamuan Sepak Raga Bulat kepada golongan belia bertempat di Dataran Behor Mentalon, dekat sini semalam.

Program berkenaan merupakan satu usaha menggalakkan amalan hidup sihat menerusi aktiviti bersukan dalam kalangan golongan muda di kawasan berkenaan.

Majlis perasmian Jamuan Sepak Raga Bulat telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Dalam ucapannya, beliau menyeru golongan muda agar membudayakan cara hidup sihat menerusi aktiviti-aktiviti seperti bersukan ke arah melahirkan masyarakat yang cergas serta bebas daripada gejala yang tidak sihat.

Golongan berkenaan juga diingatkan agar tidak leka dengan keamanan yang dikecapi sebaliknya serta sentiasa cakna dengan perkembangan politik tanahair serta melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Pelbagai acara diadakan antaranya acara permainan sepak raga bulat dan jamuan kepada para pemain serta penonton yang hadir.

Turut diadakan, simbolik penyerahan bola sepak raga dan bola sepak oleh Ustaz Mohd. Ridzuan kepada semua pasukan yang telah menjayakan program berkenaan.