Home Berita PAS Terengganu

Aduan penduduk Pulau Sekati akan dibawa ke mesyuarat Exco – MB

91
SHARE

MARANG – Kerajaan negeri sedia maklum aduan penduduk Pulau Sekati berkenaan masalah tekanan air rendah dan saluran elektrik terhad baru-baru ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, aduan tersebut akan dibincangkan pada hari Rabu ini dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri .

“Isu dan permasalahan di Pulau Sekati akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco bagi menilai status situasi sebenar yang berlaku.

“Pihak kerajaan akan berusaha bagi mendapatkan pilihan solusi terbaik yang segera dan ekonomikal,” katanya kepada pemberita dalam Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rhu Rendang di Dataran Pejabat Daerah dan Tanah Marang hari ini.

Terdahulu jambatan kayu ikonik Pulau Sekati dihanyutkan banjir luar jangka Februari lalu yang menyebabkan penduduk perlu menggunakan jambatan baharu dari kawasan itu ke Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sahaja.

Ahmad Samsuri hadir bersama isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman bagi menyantuni pengunjung yang hadir ke majlis tersebut.

Majlis turut meraikan para guru bersempena Sambutan Majlis Hari Guru Peringkat Rhu Rendang bagi menghargai para pendidik di semua peringkat pengajian.