Home Berita PAS Pahang

ADN Chenor ziarah, sampai sumbangan dan tinjau keperluan di Jengka 6

147
SHARE

Oleh: RAMLI AWANG

CHENOR, 14 Sept. :: Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor YB Ustaz Mujibur Rahman Ishak melakukan kunjungan ziarah ke Felda Keembong Jengka 6 baru-baru ini.

Antara tujuan utama kunjungan tersebut ialah untuk menyampaikan sumbangan RM2,000.00 kepada Pengerusi Surau Felda Jengka 6, Mohd Yunus Husain yang menerimanya bagi pihak surau itu.

Ustaz Mujibur Rahman turut meninjau keperluan baikpulih Sekolah Agama Rakyat yang telah mendapat kelulusan projek bernilai RM50,000.00 di bawah PLB Daerah Maran.

Beliau juga turut meluangkan masa melakukan ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan kepada tiga orang peneroka iaitu Khalid Sulong, Mat Daud Mat Talib dan Che Kadir Che Lah.

Turut bersama dalam kunjungan tersebut ialah Penghulu Mukim Chenor, Kuala Sentul dan Jengka, Wakil Pengerusi JKKK Jengka 6, Pengerusi Masjid Jengka 6 dan Ketua Cawangan PAS Jengka 6.