Home Berita PAS Pahang

ADN Chenor ziarah dan hulur bantuan pemuda kemalangan

129
SHARE

Oleh: RAMLI AWANG

CHENOR, 27 Julai :: Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak meluangkan masa menziarahi pemuda yang terlibat kemalangan, Mohd Firdaus Yahya di Kampung Bunian, di sini semalam.

Mohd Firdaus hampir setahun terlantar di rumahnya setelah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada bulan Oktober 2020, di ibu kota.

Beliau terpaksa dibantu dengan pemakaian fixator luaran kerana tulang kaki kanannya telah patah empat. Alat bantu ini sangat penting bagi membantu proses penyembuhan.

Di dalam ziarah tersebut, Ustaz Mujib telah menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk kotak barang makanan serta menghulurkan sedikit sumbangan wang ringgit bagi membantu meringankan beban ditanggung Mohd.Firdaus.

Turut sama dalam program ziarah itu adalah Ketua PAS Cawangan Chenor Bandar, Ustaz Sirajudin Mat Tahar dan Ahli Jawatankuasa Cawangan tersebut.

::===::===::===::===::===::===