Home Berita PAS Pulau Pinang

ADIK RAYYAN MENUTUP TIRAI MMC 2023 DI RANKING KE-3 NEGARA

21
SHARE
Tasek Gelugor 18 Disember 2023 – Langkah kanan adik Rayyan bagi menutup tirai musim 2023 dengan memenangi tempat ke 2 pada kejohanan Malaysian Motocross Championship dalam kategori MX 65cc.
Ini merupakan pencapaian terbaik anak kepada Jeff Osama yang telah mengharungi 4 pusingan kesuluruhan. Anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini terpaksa bersaing dengan pencabar yang jauh lebih matang dan berpengalaman.
Bermula pusingan pertama kejohanan MMC track di Pulau Pinang menjadi ujian pertama buat adik Rayyan dan beliau berjaya berada di kedudukan ke 3. Kemudian pada pusingan ke 2 di track Bukit Bandung, Ijok beliau berada di podium ke 4.
Di track Keratung, Pahang pula adik Rayyan menghadapi sedikit masalah jentera dan track yang cukup mencabar namun adik Rayyan masih mampu mengutip mata apabila berada di podium ke 5.
Kemudian adik Rayyan tidak menoleh kebelakang lagi apabila beliau berjaya berada di tempat ke 2 pada pusingan ke 4 dan terakhir MMC 2023 di track Gateway Farden Lebuh Medini Utama Johor.
Secara keseluruhannya adik Rayyan berada di kedudukan ke 3 ranking Malaysia bagi tahun 2023. DACS Pulau Pinang amat-amat berbangga dengan kesungguhan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh adik Rayyan. Semoga adik Rayyan akan terus maju jaya dalam bidang yang diceburi Insyaallah.
Bagi sesiapa yang ingin membantu dari sudut sokongan tenaga, buah fikiran, penajaan atau pun dana boleh terus berhubung dengan ayah beliau MOHD ROZAIFRI BIN MOHD RADZI di talian 017-4624162.
– Tongkat Seri