Oleh : Hanif J
Kuala Langat, Selangor | 20 September 2020
Pe #MUDA
Ada apa dengan anak #MUDA??
Bilangan anak #MUDA kini hampir mencapai 50% di seluruh dunia, ini bermakna peranan anak #MUDA kini sangat penting dalam menjadi penentu masa depan sesebuah negara.
Tidak keterlaluan sekiranya saya kata, baik anak #MUDA hari ini maka baiklah negara, rosak anak #MUDA hari ini maka akan rosaklah negara.
So apa yang perlu dibuat??
Sebagai seorang muslim, saya meletakkan kefahaman AGAMA menjadi keutamaan dalam apa jua kehendak @ kecenderungan anak #MUDA
Anak #MUDA minat pada hiburan, Islam pula tidak menghalang hiburan, maka hidangkan hiburan yang sepatutnya mereka perlu ambil dan buat. Jaga akhlak dan aurat, tidak keterlaluan dan sebagainya.
Anak #MUDA minat pada sukan, Islam juga menggalakkan sukan, kerana ia memberikan kesihatan pada tubuh badan dan mencerdaskan fikiran, maka gariskan solusi terbaik yang diajarkan dalam Islam dalam bersukan.
Kini sukan online semakin mendapat tempat dalam jiwa anak #MUDA seperti ML, PUBG, EPL Fantasy dan lain-lain, so selagi mana ia tidak melalaikan dan membawa kepada perkara yang ditegah maka teruskan sambil diselitkan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Begitu juga dengan kehendak anak #MUDA yang lain, dasarilah ia dengan kehendak Islam InsyaAllah akan bahagia.
Islam adalah fitrah bagi setiap manusia, InsyaAllah ia akan menjadi sangat sesuai dengan jiwa sesiapa pun samada yang tua mahupun yang #MUDA
Begitu juga politik Anak #MUDA buatlah apa parti pun, kalau dasarnya adalah akal semata² pasti akan hancur kerena akal bersifat terbatas.
Kalau dasarnya adalah kehendak anak #MUDA semata-mata pasti akan hilang, kerana kehendak bersifat sementara.
Maka dasarilah ia dengan Islam, kerana agama datangnya dari Sang Pencipta, maka pasti Dia Maha mengetahui apa yang terbaik buat ciptaannya.
Saya juga anak #MUDA
Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor