Home Berita PAS Selangor

AD4C Amal Ampang sampaikan kit bantuan makanan – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang

145
SHARE

May be an image of 1 person and standing

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Program A day 4 Charity (AD4C) merupakan program anjuran di bawah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor yang diperturunkan kepada Jabatan Amal Kawasan seluruh Selangor. Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan asalkan berbentuk kerja-kerja kebajikan seperti gotong royong bersih surau, kubur, potong pokok besar, bantuan banjir, baiki rumah dan termasuklah menyampaikan sumbangan.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang telah melaksanakan program AD4C peringkat kawasan dengan menyampaikan Kit Bantuan Makanan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Parlimen Ampang. Sebanyak 30 buah rumah telah dilawati dan disampaikan sumbangan tersebut.

“Habis sudah Ramadhan, maka Syawal pun tiba. Walau dalam keadaan suasana PKP ianya tidak menghalang setiap keluarga meraikan kemenangan Syawal di rumah masing-masing. Tidak dapat pulang ke kampung atau ke mana-mana secara tidak langsung memberi kelebihan dan peluang kepada anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) untuk terus berbakti kepada masyarakat”, memetik dalam satu kenyataan JAM Ampang.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor