Home Berita PAS Terengganu

Abdul Hadi, Anisa Johan Tilawah Kuala Terengganu

3
SHARE

KUALA TERENGGANU – Che Abdul Hadi Che Abdul Halim dinobatkan sebagai Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Terengganu 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, semalam.

Manakala bagi kategori Qariah, gelaran Johan disandang oleh Anisa Mohd Hanafiah.

Kedua-dua pemenang membawa pulang piala, sijil penghargaan serta wang tunai berjumlah RM2,000 setiap seorang.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor.

Dalam ucapannya, Zuraida berkata, tilawah ini mampu melahirkan qari dan qariah berpotensi serta menjadi medan melahirkan pewaris yang boleh membawa bacaan al-Quran ke peringkat lebih tinggi.

“Al-Quran bukan hanya untuk dibaca dengan tajwid dan suara yang merdu, tetapi lebih penting adalah penghayatan serta amalan dalam kehidupan seharian. Inilah tujuan sebenar majlis ini diadakan,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk memperkasakan syiar Islam melalui pelbagai inisiatif pendidikan dan penghayatan al-Quran, sekali gus memastikan ia terus menjadi nadi pembangunan insan.

“Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran majlis kali ini, termasuk para peserta yang mengambil bahagian,” tambahnya.

Dengan kemenangan ini, Che Abdul Hadi dan Anisa akan mewakili daerah Kuala Terengganu ke Tilawah al-Quran peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.