Home Berita PAS Pahang

Abang Jamel kembali ke rahmatullah

368
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 13 Mac ◊ Ketua Assabiqun PAS Cawangan Chegar Medang, Mohamed Jamel Kassim, 68 telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, awal pagi Sabtu lalu.

Allahyarham yang mesra dipanggil ‘Abang Jamel’ telah dimasukkan ke IJN lebih seminggu yang lalu dan disahkan meninggal dunia akibat pendarahan di dalam kepala.

Menurut Setiausaha PAS Chegar Medang, Syaifuruddin Baharuddin, amilin PAS tersebut sangat istiqamah dengan kerja-kerja jamaah dan setiap kali bermesyuarat, ahli cawangan sentiasa ternanti-nanti buah ideanya.

“Saat bermesyuarat di cawangan, ana pasti akan ternanti-nanti buah ideanya untuk diminitkan. Kalamnya lembut tersusun indah dan bernas.

“Ana saksi mata, Allahyarham ‘Abang Jamel’ seorang yang istiqamah dalam perjuangan haraki, semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau dan menempatkannya bersama solehin dan syuhada’,” ujar beliau yang juga Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB) PAS Bentong dalam satu hantaran di laman FB beliau.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Ketua Muslimat PAS Chegar Medang, Saniah Abdullah, 62, dan lima orang cahaya mata.