Home Berita PAS Selangor

A Day For Charity Pemuda PAS Seksyen 7

924
SHARE

Oleh: Muhammad Faiz Mukmin

BANGI 12 Ogos – A Day For Charity merupakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi oleh Pemuda PAS Cawangan Seksyen 7 dan Jabatan Amal Kawasan Serdang.

Program yang dianjurkan adalah sebagai platform mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat selain usaha menanamkan sifat menjaga kebersihan di kejiranan mereka.

Seramai 12 orang termasuk YDP PAS dan Setiausaha PAS Kawasan Serdang terlibat dalam aktiviti gotong-royong yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari itu.

Selain kutip sampah tabur, para peserta juga mencabut iklan-iklan haram yang ditampal di pokok-pokok dan papan tanda sekitar kejiranan Seksyen 7 tersebut.

Aktiviti ini dilihat memberi kesan yang baik kepada masyarakat setempat khususnya bagi mencegah wabak denggi malah memberi keceriaan di kawasan perumahan mereka.

Aktiviti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan PAS dan masyarakat seterusnya membawa imej positif untuk semua.

{jathumbnail off}