Home Artikel PAS Sabah

A Day For Charity PAS Cawangan Muhibbah

179
SHARE

Oleh : Asikin Ahmad
23 Oktober 2019

KALABAKAN : PAS Cawangan Muhibbah dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kalabakan dan Jabatan Amal PAS Kalabakan telah berganding bahu melaksanakan program ‘A Day For Charity’ pada 20 Oktober 2019.

Program ini melibatkan beberapa orang petugas bagi menggantikan dan membaiki atap kediaman 2 keluarga asnaf cawangan Muhibbah.

Selain membaiki atap, PAS Cawangan Muhibbah juga telah menyampaikan sumbangan kebajikan berbentuk barangan dapur dan set telekung kepada 4 keluarga asnaf.

Misi ini juga turut mengeratkan hubungan antara ahli cawangan Muhibbah apabila dapat berukhwah dengan makan beramai-ramai semasa rehat dari tugas pada hari tersebut.

Turut terlibat menjayakan misi ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Kalabakan Razman Roslee dan Puan Norjannah Jam Jam timbalan ketua dewan Muslimat PAS Kalabakan.

Razman Roslee mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan kebajikan yang dihulurkan bagi misi kebajikan ini. Tidak lupa juga kepada para petugas yang menjayakan misi.
Semoga dengan bantuan ini dapat mengukir senyuman para keluarga asnaf.