Home Berita PAS Perlis

Masyarakat Diseru Kembali Kepada Sistem Islam

1022
SHARE

Oleh: Najah Izzati

KANGAR : Satu Ceramah Umum bersama Ustaz Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh telah diadakan pada 26 Oktober lalu.

Program ceramah yang diadakan di Rumah Saudara Roslan bin Jelani, Tebing Tinggi, itu turut dihadiri YDP PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya dan Setiausaha PAS Kawasan Kangar yang juga Pengarah MTD Bintong, Encik Abd Jamil Kamis.

Ustaz Dato’ Dr. Nik Zawawi dalam ucapannya menggesa agar seluruh jentera PAS memberikan kefahaman yang jelas kepada masyarakat berkenaan sistem Islam yang mampu menjadi solusi kepada pelbagai masalah yang sedang melanda negara.

Beliau turut menjelaskan berkenaan perbezaan antara sistem Islam dengan sistem sivil yang diamalkan pada hari ini, yang menurutnya, menjadi punca kepada masalah-masalah yang berlaku.

Ujarnya lagi, masyarakat perlu bersikap terbuka untuk memahami serta menyokong sistem Islam yang ingin dilaksanakan PAS kerana sistem Islam adalah sistem yang berpandukan wahyu daripada Allah S.W.T. yang sudah pastilah tiada cacat-celanya.