Home Berita PAS Wilayah

Penduduk Titiwangsa Hidap Kanser Usus Meninggal Dunia

736
SHARE

TITIWANGSA, 26 Oktober – Seorang penduduk Titiwangsa yang menghidap kanser usus telah meninggal dunia pagi tadi. Almarhum Idrus Mokhtar, 71 telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, di Flat Sri Perlis 1 sekitar jam tiga pagi. Beberapa hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, Lajnah Kebajikan Pas (LKP) Zon Keramat berkesempatan menziarahi almarhum serta keluarganya dan juga memberikan rawatan syifa’ menurut Islam.

Kunjungan ziarah ini turut disertai Ketua Zon Keramat, Hj Amin Abdullah dan perawat syifa’, Ustaz Azmi. Kunjungan tersebut dimanfaatkan dengan rawatan syifa’ terhadap almarhum dan empat orang ahli keluarganya.

Isteri almarhum, Pn Noriah Mohamed, 65 melahirkan rasa terharu dan teruja atas kunjungan ini.

“Saya rasa terharu dan berterima kasih kepada PAS Titiwangsa kerana sudi menziarahi kami sekeluarga. Kami tidak menyangka ada juga pihak yang prihatin terhadap keadaan kami.” ujar beliau.

“Program ziarah ini tidak akan terhenti di sini sahaja dan inshAllah akan diteruskan. Kami akan terud cakna perihal kebajikan penduduk sekitar. Kami cuba sedaya upaya membantu golongan yang kurang berkemampuan tanpa mengira batas agama, bangsa mahu pun ideologi politik.” kata Cikgu Yusoop yang mengetuai program ziarah ini.

Almarhum Idrus Mokhtar telah dikebumikan pada hari Khamis jam 10 pagi di Tanah Perkuburan Dato Keramat. Almarhum meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja serta lima orang anak.