Kenyataan Media Ahli Parlimen Kuala Nerus
Pagi ini selasa 6.3.2018 jam 10.30 pagi saya diminta hadir oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk Rakaman Percakapan – Siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penyebaran artikel mengenai pengurusan hasil negara, yang dikaitkan secara palsu dengan pihak dan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan menggunakan artikel penulisan saya yang telah disiarkan di Harakah Daily sebelum ini bertajuk “Gagal Urus Belanja Negara, Rakyat Jadi Mangsa GST Zalim.”
Artikel saya itu menjelaskan bahawa
1. Hutang kerajaan Malaysia yang sentiasa meningkat sejak 1997 menjadi sebab untuk kerajaan perkenalkan sistem cukai yang zalim iaitu GST
2. Pengurusan yang tidak berhemah menjadi sebab peningkatan hutang yang akhirnya memangsakan rakyat dengan cukai GST.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=666083046837068&id=121753161270062
Sekian.
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus