Home Berita PAS Selangor

Pemimpin Pilihanku 6.0

1779
SHARE

Saya seorang muslim yang mu’min. Maka pemimpin pilihan saya ialah:

Pemimpin Yang Bertaqwa

Kenapa? Allah Ta’ala yang menyarankan dalam firmannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”.

(Surah Ali-Imran :102)

Tuntutan agar kita semua bertaqwa apatah lagi yang ingin dipilih sebagai pemimpin.

Tanda-Tanda Pemimpin Yang Bertaqwa*

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
Maksudnya:
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”.

(Surah At-Talaq:2)

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
Maksudnya:
“Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya”.

(Surah At-Talaq:4)

فقد سئل سيدنا علي إبن أبي طالب رضي الله عنه عن التقوى فقال: (( الخوف من الجليل، والعمل بالتنزيل، و الرضا بالقليل والاستعداد ليوم الرحيل )).

Maksudnya:
“Maka sesungguhnya ditanya kepada Saidina Ali Bin Abi Tolib tentang taqwa: Lalu beliau menjawab: ” Taqwa ialah takut kepada Allah Yang Maha Agung, beramal atau melaksanakan hukum Al-Quran, redha dengan yang sedikit dan membuat persiapan untuk hari pemergian/kematian”.

Pemimpin yang bertaqwa:

1. Pemimpin yang dibuka jalan oleh Allah untuk menyelesaikan masalahnya dan masalah rakyatnya bukan membawa masalah kepada rakyat.

2. Pemimpin yang akan dipermudahkan dalam mengurus segala urusan negara dan rakyat bukan menambahkan kesusahan rakyat.

3. Pemimpin yang benar-benar takut pada Allah, melaksanakan hukum Allah, hidup dalam kesederhanaan dan mengajak rakyat membuat persiapan untuk kehidupan akhirat bukan melalaikan rakyat dengan hiburan yang melalaikan jauh sekali memabukkan rakyat.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor