Home Berita PAS Wilayah

DPPK Titiwangsa Bermuhasabah Di Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-30 Menuju Pilihanraya

901
SHARE

DPPK TITIWANGSA BERMUHASABAH DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 30 MENUJU PILIHANRAYA

TITIWANGSA, 3 Mac 2018 – Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa telah pun berjalan dengan lancar pada pagi tadi bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari di Dewan Seminar Hotel Adamson Inn di Kg Bharu.

Mesyuarat Agung Tahunan ini diadakan dengan tujuan meneliti dan merupakan satu medan muhasabah buat kepimpinan kali ini dalam bergerak kerja serta melaporkan laporan yang merupakan program berkala tahunan setiap peringkat.

Perasmian dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Farkhan Md Zain dan turut bersama lagi dua pemerhati dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Faizal dan Ustaz Imran Ishak. Juga turut bersama pemerhati dari kawasan, YDP PAS Titiwangsa, Ustaz Mohd Khairul Anuar Manaf, TYDP Titiwangsa merangkap Pengarah JPRK Titiwangsa, Tn. Haji Yaakob Omar dan Setiausaha Kawasan Titiwangsa Tn. Haji Hedzer Ibrahim. Seramai 40 jumlah perwakilan dan pemerhati kesemuanya yang hadir.

Antara yang menyentuh perasaan hati hati warga Pemuda Titiwangsa ketika Ucapan dari Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Ustaz Suhaimi Abd Aziz untuk sama sama sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Mirzan yang mewakafkan diri untuk membantu jemaah ini khususnya di peringkat PASTI dan SRITI.

Antara agenda diselitkan juga Sambutan 30 Tahun DPPK Titiwangsa dengan gimik potong kek dan Pelancaran Bilik Gerakan Pemuda sempena Pilihanraya ke 14 ini di PASTI Darul Hikmah di Desa Pandan.

Turut dizahirkan semasa ucapan perasmian dari perasmi, Ketua Pemuda DPPWP Ustaz Farkhan Md Zain dalam ucapannya tentang pembinaan pelapis kepimpinan pemuda di peringkat cawangan dan kawasan serta fokus program ‘high impact’ yang dapat mendekati terus ke hati hati pengundi dan tentang ‘build database’ pembinaan pengkalan data data pengundi dapat dikumpulkan melalui program program yang dianjurkan oleh pemuda sendiri.

Ucapan penangguhan dari wakil kawasan Tn. Haji Yaakob Omar yang merupakan TYDP PAS Titiwangsa merangkap Pengarah JPRK Titiwangsa tentang siap siaga tenaga dari pemuda khususnya dalam menggerakkan pilihanraya di Titiwangsa pada kali ini.