Home Berita PAS Pulau Pinang

Tragedi Tanah Runtuh Tanjung Bungah : Laporan Tinjauan Jabatan Amal Malaysia

2018
SHARE

Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang bersama lima (5) anggota AMAL tiba dilokasi pada 2230 dan bertemu dengan pihak BOMBA serta PDRM bertujuan mendapatkan maklumat terkini tentang Tragedi Tanah Runtuh yang mendapat liputan seluruh negara hari ini dimana ia diklasifikasikan sebagai kejadian kemalangan.

BOMBA memaklumkan operasi pada malam ini ditangguhkan pada 2300 kerana keadaan cuaca malam yang menyukarkan Operasi Mencari dan Menyelamat dan akan menyambung operasi semula pagi esok.

PDRM pula memaklumkan keluarga mangsa yang dalam keadaan terkejut dan gelisah sedang menunggu di Pos Menunggu dan sebarang usaha menenangkan keluarga mangsa amat dialu-alukan.

Dimaklumkan agensi menyelamat yang terlibat adalah mencukupi buat masa ini yang terdiri dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dan SMART.

Mengakhiri tinjauan serta pertemuan tersebut, Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang menyatakan kesediaan sekiranya bantuan diperlukan.Tawaran tersebut dihargai dan dialu-alukan.Semoga ianya mengeratkan lagi hubungan antara JAMNPP dan agensi-agensi Kerajaan dalam berkhidmat demi kesejahteraan masyarakat Pulau Pinang khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Baharin Ahmad
Pengarah Jabatan Amal Malaysia
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang