NASIB KELUARGA MISKIN LUAR BANDAR
MATANG – Tidak terurus dan serba kekurangan . Itulah nasib sebuah keluarga daif yang hidup serba kekurangan di Kampung Matang Road di sini .
Kesempitan hidup memaksa Zaidi Shahuddin bersama isteri , Aida Hamimah Abd Hamid dan empat anaknya berusia antara 4 tahun hingga 20 tahun itu tinggal di rumah serba daif tanpa kemudahan perkakas rumah yang lengkap.
Selain tidak mempunyai pendapatan tetap, Zaidi hanya bekerja kampung manakala isteri hanya bekerja sebagai suri rumah .
Lebih menyedihkan, anak sulung mereka yang berusia 20 tahun terlibat dlm kemalangan jalanraya kira – kira 7 tahun lalu dan terlantar di atas katil selama 7 tahun.
Keadaannya juga menyayatkan hati apabila sesiapa jua menziarahinya ditambah pulak anak yang lain masih bersekolah .
Bagaimanapun, kesusahan yang selama ini dialami keluarga tersebut, mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad yang membuat kunjungan asnaf UPU Sepetang di sini, baru –baru ini .
Idris berkata, buat masa ini pihaknya melalui Lajnah Kebajikan PAS Bukit Gantang akan membantu dari segi keperluan asas dan jika ada apa-apa perkara penting lain yang diperlukan kita akan salurkan bantuan serta- merta.
Orang ramai yang ingin menghulur sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun BSN 08247-41-00002299-7 atas nama Zaidi Shahuddin atau menghubunginya di talian 012 – 4344329 .