KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK (DPPN PERAK)
Pemuda PAS Perak Bersedia Menuju Kemenangan
Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
1) Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus menjadi saksi kesiagaan 200 000 jentera PAS untuk menghadapi pilihanraya melalui gagasan tersendiri dengan bertunjangkan Politik Islam melalui Gagasan Sejahtera.
2) Parti mana yang mampu menghimpunkan ahli seramai ini? Dengan kesediaan dan keikhlasan mengorbankan harta dan masa, mereka berkumpul dari seluruh Malaysia. Kalau bukan kerana beberapa kekangan kerja dan tanggungjawab, pasti Pantai Tok Jembal dibanjiri lautan manusia berpakaian hijau menuju kemenangan.
3) DPPN Perak merakamkan ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa perlaksana diatas penganjuran himpunan ini. Tahniah juga diucapkan buat semua pemuda Perak yang hadir Fastaqim 2.0. Jentera pilihanraya telah dipalu oleh Presiden. Kini masa untuk terus bekerja menuju kemenangan.
4) Jangan dilayan pihak musuh yang sentiasa iri hati dengan kejayaan kita.
Teruskan ‘upload’ gambar-gambar kenangan Fastaqim daripada melayan ragam anak kecil DAP. Dalam masa yang sama, jiwai setiap bait kata yang disampaikan oleh pimpinan. Laksanakan budaya politik matang dan sejahtera dalam bersiasah.
5) DPPN Perak yakin dengan kesediaan Pemuda PAS Perak untuk kembali mentadbir bumi Perak. Semoga terbinanya Baldatun Toyyibatun wa Rabbul Ghafur melalui generasi tajdid ini.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
“Sedia Memerintah”
Abdul Qahar Syams
Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak
11 Muharram 1439H / 2 Oktober 2017