Home Berita PAS Wilayah

Pemuda Islam Petra Jaya Bantah Pesta Arak & Gay

970
SHARE

Kuching: Majlis bantahan terhadap beberapa rentetan budaya songsang yang dilaporkan akan diadakan di ibu negara pada masa terdekat ini telah diadakan hari ini (semalam). Pesta “gay” dan arak yang sememangnya satu elemen dakyah terbaru yang mula masuk dan mempengaruhi generasi muda pelapis negara ini amatlah dikesali.

Gabungan NGO dan parti politik yang terdiri daripada GAB30, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Halaqah Kemajuan Islam Sarawak (HIKAM), Yayasan Amal Malaysia (YAM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), persatuan Belia Penyayang Kuching (PBPK), IBEST dan Dewan Pemuda PAS Petra Jaya (DPPKPJ) telah bersatu hati meluahkan bantahan terhadap pesta seks songsang (GAY) yang dikahabarkan akan diadakan di Kuala Lumpur pada masa terdekat.

Majlis bantahan yang diadakan di luar perkarangan Masjid At-Taqwa, Gita ini diadakan sejurus selepas solat jumaat dan disusuli dengan satu laporan polis di Balai Polis Gita. Majlis turut diserikan dengan lantuan doa dan munajat kepada Allah memohon keselamatan dan perlindungan dari azab dan bala Allah atas penganjuran pesta songsang ini yang dibacakan oleh Imam Masjid At-Taqwa.

Wakil-wakil daripada NGO telah diberikan peluang berucap bagi menyatakan bantahan ini mewakili persatuan masing-masing. Wakil dari HIKAM, Khairul Anwar menyatakan himpunan ini adalah himpunan aman bagi menyatakn rasa bimbang kita kepada gejala LGBT ini dan mahukan bantahan yang kita buat perlulah bersifat profesional dan menurut landasan undang-undang yang termaktub dalam negara ini.

Selain itu, wakil dari Dewan Pemuda PAS Petra Jaya, Nazir mengajak seluruh rakyat yang cintakan kesejahteraan masyarakat yang bertamadun ini agar turut sama bangkit bersatu hati menyuarakan rasa benci kepada pesta songsang tersebut.

Adalah diharapkan agar masyarakat Islam khususnya di Petra Jaya akan lebih prihatin tentang isu keruntuhan akhlak yang semakin membarah di kalangan generasi kini. Seluruh masyarakat adalah diseru untuk turut sama menyatakan bantahan terhadap isu ini dan isu-isu lain yang melanda umat Islam tanpa mengira batasan kaum dan fahaman politik. Kita bersatu atas nama kesatuan Islam.