Perginya Syeikh Muhammad Mahdi Akif (1928-2017).
• Mula menyertai Ikhwan Muslimin sejak berumur 12 tahun. Sempat dididik oleh Imam Hasan al-Banna.
• Pernah menjadi Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir yang ke tujuh (2004-2010).
• Mendekam di dalam penjara sejak 1954-1974. Kemudian 1996-1999. Yang terakhir 2013-2017.
• Meninggal di dalam penjara pada usia 89, setelah lama menderita sakit dan tidak diberikan layanan kesihatan yang sepatutnya.
• Seperti nasib yang menimpa Imam Hasan al-Banna, pihak keselamatan melarang upacara pengkebumian yang sewajarnya dijalankan. Melainkan hanya 4 orang di kalangan ahli keluarga terdekat dan tukang kubur sahaja dibenarkan untuk mengiringi jenazahnya.
Semoga dengan pemergian ini menjadi kerehatan sebenar buat Sang Mujahid, setelah lama beliau teraniaya.
Hidup mulia, mati syahid.
Abdul Mu’izz Muhammad
Ketua Urusan Ulama
PAS Kawasan Klang
23 September 2017.