TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam
(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)
RAMADHAN 17 / 1438 H
“ANAK MUDA DAN AL QURAN”
(Iktibar Sahabat Dengan Al Quran) Siri 2/2
Masih dalam bicara Al Quran. Bicara anak muda bersama Al Quran. Juga menggali khazanah Dunia Para Sahabat Nabi dikalangan anak muda yang luar biasa “berteman hidupkan” Al Quran.
Jika diteliti Dunia Sahabat r.a, kebanyakan sahabat faqih dan mahir dengan Al Quran. Mereka mempelajarinya dari mulut lisan Nabi SAW. Mereka menghafal sekaligus mereka tidak tinggalkan walau “sebaris” ayat melainkan mereka memahaminya dengan baik. Antara tokoh sahabat yang sinonim dengan “Bicara Dunia Sahabat Bersama Al Quran” ialah Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. Akan dipanjangkan bicara atas nama tokoh sahabat ini, mudahan beroleh manfaat.
ABDULLAH IBNU MAS’UD DAN AL QURAN
Beliau adalah orang yang keenam terawal masuk Islam dipermulaan dakwah Nabi SAW di Mekah. Termasuk sebagai “As-sabiqun Al-awwalun”. Salah seorang dikalangan sahabat yang bersama dalam 2 hijrah iaitu hijrah ke Habsyah dan ke Madinah. Juga orang pertama yang membaca Al Quran secara jahar (terang-terangan) di Kota Mekah. Selepas beberapa ketika masuk Islam, Abdullah mengambil keputusan untuk berkhidmat dan menjadi khadam Nabi SAW walau dia memahami suasana getir bila bersama Baginda apatah lagi fatrah Mekah di awal permulaan Islam.
Semua urusan hidup Nabi SAW diselia oleh Abdullah Ibnu Mas’ud. Bermula dari soal pakai, minum, tidur, mandi, siwak, capar, tongkat bahkan Nabi izinkan kamar Nabi dimasuki oleh Abdullah jika sekiranya ada keperluan. Sehingga Abdullah Ibnu Mas’ud di gelar sebagai ???? ?? ???? ???? iaitu “Pemegang Rahsia Rasulullah”.
Kecemburuan akibat kelebihan yang ada kepada Abdullah Ibnu Mas’ud ialah apabila beliau senantiasa bersama Nabi SAW. Tidak kira masa dan tempat. Banyak keistimewaan yang diperolehi beliau dengan menerimanya secara “direct” dari Nabi SAW. Antaranya berhubung dengan Al Quran.
Inilah kehebatan Abdullah Ibnu Mas’ud. Nabi SAW isytihar dan iktirafnya. Bacaan Al Quran Abdullah Ibnu Mas’ud paling tepat dan sama sepertimana Al Quran diturunkan.
“Sesungguhnya Nabi SAW pernah berkata kepada Abdullah Ibnu Mas’ud suatu hari “bacakan kepadaku surah An Nisa'”. Abdullah merasa terkejut dan kagum dengan permintaan Nabi itu. Abdullah berkata : “adakah aku baca kepada kamu sedangkan ke atas kamu ia diturunkan”. Maka Nabi menjawab bahawa Nabi suka mendengar bacaan dari orang lain. Abdullah membacanya sehingga sampai ayat yang ke 41, Nabi SAW mengalirkan air mata. Lalu Nabi SAW bersabda : Barang siapa yang suka untuk membaca Al Quran secara tepat sepertimana Al Quran diturunkan, maka bacalah dengan cara lbnu Ummi ‘Abd (iaitu Abdullah ibnu Mas’ud).”
Kisah ini hebat. Hebat bagi mereka yang Allah buka hati untuk bersama Al Quran. Anak muda perlu menginsafi dan meneladani semangat dan kesungguhan Abdullah Ibnu Mas’ud ini.
USHH
#akupemudapas
#undilahpas