Home Kenyataan Media PAS Selangor

ISU ANTARABANGSA | Konflik Israeli

656
SHARE

KONFLIK ISRAELI

Israel merupakan negara haram yang memuatkan pendatang-pendatang baharu. Sesuai dengan ragam imigran, sudah pasti memunculkan masalah krisis identiti sosial kepada Israel.

BUKAN DNA YAHUDI

Wujud perdebatan hangat, adakah Yahudi yang mengaku Yahudi pada hari ini berketurunan Yahudi tulen atau jadian?

Kebanyakkan berpandangan bahawa yang menduduki Israel pada hari ini sebahagiannya bukanlah Yahudi tulen. Sebaliknya mereka menganut ideologi Zionisme yang datang dari pelbagai rantau. Timbul juga perbincangan tentang dakwaan hubung kait keturunan Khazar dengan puak Yahudi pada hari ini.

PUAK

1) Ashkenazis : Pendatang awal dari German, Perancis dan Eropah Timur. Kebanyakkan mereka mula datang pada  pertengahan era 1800 hingga awal 1900.

2) Sephardis : Pendatang dari Sepanyol dan Portugal.

3) Mizrachis : Pendatang dari Afrika dan Timur Tengah.

DISKRIMINASI KASTA

Pendatang-pendatang dibawa oleh agensi-agensi Israel. Mereka digambarkan bahawa Israel merupakan negara indah yang penuh dengan susu, madu dan emas.

Namun realitinya berlaku protes senyap ke atas kedatangan pendatang yang bukan dari kulit putih. Sephardis & Mizrachis seolah-olah dipulaukan bahkan dipertikai kelayakan mereka menjadi rakyat Israel.

Mereka terpaksa bergelut dengan diskriminasi sosial dari puak Ashkenazis yang ternyata lebih dominan.

Sehingga ada kes bekalan darah dari penderma Yahudi berketurunan Afrika dibuang begitu sahaja gara-gara jijik dengan darah dari kulit hitam.

Pada sekitar tahun 70an satu gerakan The Black Panthers (Ha Panterim Ha Shhorim) ditubuhkan semata-mata untuk memperjuangkan hak pendatang Yahudi dari Afrika dan Timur Tengah.

Diskriminasi warna kulit ini telah diisytihar awal dahulu oleh Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion;

“Kita tidak menerima orang Isreal mewarisi Arab. Tugas kita adalah memerangi budaya timur yang merosakkan ketulenan peribadi dan masyarakat Yahudi”

YAHUDI YANG ANTI ISRAEL

Terdapat juga aliran Yahudi Ortodoks yang memerangi penubuhan negara haram Israel. Aliran Neturei Karta menganggap, gerakan Zionis telah mengeksploit nama Israel demi menjayakan misi Zionisme. Mereka tidak segan mengangkat slogan

“Jews United Against Zionism”

Bagi pendukung Naturei Karta, Yahudi sama sekali diharamkan untuk membina negara Yahudi sehinggalah datang ‘Sang Penyelamat’ mereka. Bagi mereka, puak Yahudi yang menduduki Israel hanya menggali kubur sendiri. Oleh kerana itu, pendukung Naturei Karta tiada di negara haram Israel.

Bahkan dalam wacana-wacana Naturei Karta, mereka menegaskan sepatutnya Yahudi menjalinkan hubungan yang baik dengan orang Islam memandangkan masing-masing mempunyai pertalian anutan yang signifikan berbanding dengan agama-agama lain. Barangkali merekalah Ahli Kitab Yahudi yang masih berbaki.

MEREKA JUGA BERKONFLIK

Sesekali kita perlu tahu konflik yang dialami oleh mereka sebagai info tambahan. Tulisan ini sebagai tadabbur ayat Allah tentang gambaran Yahudi;

“Kamu menyangka mereka bersatu sedangkan hati mereka bercerai berai” al-Hasyr 14.

Mereka pandai menyembunyikan konflik sesama mereka dan memfokuskan prioriti. Adapun kita umat Islam, sebaliknya.

Abdul Mu’izz Muhammad
Ketua Urusan Ulama’
PAS Kawasan Klang
14 Jun 2017