Home Pedoman Haraki

Golongan Tercicir; Pertikaian Dalaman

775
SHARE

Golongan Tercicir; Pertikaian Dalaman

Ini merupakan penyakit harakah yang paling bahaya. Ia menjadi faktor pemusnah dan peruntuh harakah.

Di suatu pihak pertikaian ini meracuni suasana dan di suatu pihak yang lain ia merosakkan perhubungan antara anggota. Selain dari itu, ia menimbulkan suasana pertengkaran dan pertikaian mulut sehingga memberhentikan kerja dan tugas. Dan akhir sekali ia melemahkan dakwah dan menarik campur tangan pengaruh luar.

●Sebab-Sebab Berlakunya Pertikaian Dalaman:

▪Kadangkala kerana kelemahan pemimpin, iaitu pihak pimpinan tidak berjaya menguasai barisan dan tidak dapat membuat keputusan.

▪Kadangkala kerana campurtangan dari kuasa luar yang bertujuan untuk menimbulkan fitnah.

▪Kadangkala kerana ada perlumbaan untuk mendapatkan kedudukan khususnya jawatan dalam harakah dan politik.

▪Ada kalanya kerana tidak iltizam dengan dasar harakah atau keadah prinsipnya. Tidak mahu mengikut keputusan yang dibuat oleh badan-badan harakah, malah mahu menonjolkan diri sendiri.

▪Kadangkala kerana tidak ada kerja atau program. Sedang kerja atau program itu mengerakkan ahli untyk bersungguh-sungguh berjihad untuk harakah.

Perkara-perkara ini yang menyebabkan berlakunya pertikaian di dalam harakah yang sudah tentu merosakkan harakah itu jika tidak diambil tindakan segera bagi menghalangnya.

Semasa Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Baginda, gejala penyakit ini kadang-kalanya muncul dan kadang-kalanya tidak; kadang-kalanya kuat dan kadang-kalanya lemah mengikut suasana keliling dan mengikut keupayaan pemimpin menyelesaikannya.

Diantara gejala yang pernah timbul ialah pertikaian yang berlaku di Madinah, diantara puak Al-Aus dan Khazraj yang dirasangkan oleh orang-orang Yahudi yang diketuai oleh Shamas Ibn Qis.

Muhammad Ibn Ishaq Ibn Yasar dan lainnya menyebutkan bahawa seorang Yahudi lalu di hadapan kumpulan ‘Aus dan Khazraj. Melihat keadaan orang-orang ‘Aus berpakat begitu baik dengan orang-orang Khazraj, Yahudi itu berasa sakit hati. Dia pun menghantar seorang lelaki ke kumpulan ‘Aus dan Khazraj itu lalu menyuruhnya supaya masuk duduk bersama-sama mereka dan menceritakan semula kepada mereka tentang perang ‘Buath’ yang berlaku di antara ‘Aus dan Khazraj dahulu. Orang itu pun bercerita. Dan tidak lama kemudian orang-orang ‘Aus dan Khazraj itupun masing-masing bersemangat dan saling marah-memarahi. Lantas masing-masing dengan mengunakan panggilan lama jahiliyyah iaitu “Wahai orang-orang ‘Aus dan wahai orang Khazraj, meminta perang dan mencabar untuk berperang.

Berita ini sampai kepada Rasulullah SAW dan Baginda mengetahui yang perbuatan itu adalah angkara fitnah Yahudi. Dengan segera Baginda keluar mendapatkan mereka menyeru “Wahai orang-orang Islam..Allah Allah..Apakah kamu semua menggunakn seruan jahiliyyah, sedang aku masih berada di kalangan kamu. Adakah kamu masih menggunakan menggunakan seruan itu sedang kamu telah diberi petunjuk oleh Allah untuk menganut agama Islam, memuliakan kamu dengan Islam, memutuskan kamu dari angkara jahiliyyah, membebaskan kamu dari kekufuran dan menyatukan hati-hati kamu”.

Kata-kata Rasulullah SAW ini memberi kesan kepada hati orang-orang ‘Aus dan Khazraj; mereka sedar yang mereka difitnahkan oleh orang-orang Yahudi dan mereka sedar bahawa syaitan telah memainkan peranannya untuk merosakkan mereka. Lantas dengan itu mereka pun menangis dan berdakap-dakapan serta kembali berbaik dan bersatu seperti sediakala.

Dari peristiwa tersebut turunlah ayat Al-Quran:

Surah Ali Imran ayat 100-105

-Petikan Buku: Al Mutasaqitun ala Thariq Dakwah

25 Ogos 2017
Mohamad Farouk Hamzah

{jathumbnail off}