Home Berita PAS Pulau Pinang

“Find ur Voice” mantapkan kemahiran pengucapan awam Muslimat PAS Permatang Pauh

522
SHARE

 

Program “Find ur Voice” anjuran Lajnah Pemerkasaan Parti dan Pengurusan Organisasi dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Media Dewan Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh telah berlangsung dengan jayanya  selama setengah hari ini bertempat di PASTI Hj Idris Kampung Masriyah.  

Program ini bermatlamatkan untuk memberi ilmu asas  kemahiran pengucapan awam kepada pimpinan muslimat kawasan, pimpinan Gen 3 kawasan dan pimpinan muslimat cawangan terpilih.  Program dikendalikan oleh seorang jurulatih luar.

Seramai 38 orang peserta diberikan teknik-teknik asas pengucapan awam  seperti kaedah mengatasi ketakutan bercakap di khalayak ramai,  kaedah berketrampilan dengan yakin serta format susun atur ucapan yang baik.

Sesi kedua ,  memberi peluang peserta-peserta untuk mempraktikkan teknik – teknik pengucapan awam yang telah  diberikan. Mereka telah disediakan dengan bahan-bahan ucapan seperti maklumat Dokumen Hijau PAS, konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) , isu-isu semasa serta beberapa tajuk tazkirah.  Mereka diberi masa untuk membaca dan memilih tajuk untuk sesi praktikal.

Jurulatih membuat penilaian semasa peserta-peserta membuat latihan pengucapan awam  dan memberikan komentar selepas selesai latihan. Ini bertujuan untuk penambaikkan dan juga sebagai dorongan kepada setiap peserta supaya lebih yakin dan berani dalam pengucapan awam mereka pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, peserta menunjukkan komitmen yang amat baik dalam sesi latihan praktikal.  Mereka mampu  kehadapan untuk memberikan ucapan apabila nama mereka dipanggil secara spontan.  Kualiti ucapan mereka masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa melalui latihan yang kerap dan persediaan yang lebih rapi.

Pihak penganjur amat mengharapkan agar program ini dapat meningkatkan keyakinan dan ketrampilan muslimat dalam menghadapi mesyarakat luar, khususnya pengundi-pengundi wanita. Muslimat PAS Permatang Pauh menyahut seruan parti  untuk mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dengan menyediakan ahlinya ilmu yang bermanfaat dalam berhadapan dengan semua pihak.

{jathumbnail off}